Bersyukur kita ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurniaNya serta dengan berkat KekasihNya Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW, atas inisiatif yang telah diambil oleh pihak Jabatan Urusetia PSSCM, maka serba sedikit maklumat tentang Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia ini telah dapat dipaparkan melalui laman web ini.
Kepada para pengunjung, saya ucapkan Selamat Datang dan Terima Kasih di atas kesudian tuan-tuan dan puan-puan melayari Laman Web Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia ini, semoga maklumat yang terkandung di dalamnya dapat membantu semua untuk mengenali lebih lanjut tentang Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia atau secara ringkasnya PSSCM. Laman ini juga adalah diharapkan dapat menjadikan warga Cekak sebagai warga yang bermaklumat selaras dengan saranan pihak Kerajaan.
Dunia kini telah berubah dengan kehadiran pelbagai teknologi canggih ciptaan manusia untuk kesenangan serta kemudahan kita jua. Namun harus kita renungkan bahawa semua itu tidak akan terjadi tanpa kudrat serta akal fikiran yang dikurniakan Ilahi. Maka sesungguhnya segala apa ciptaan hebat manusia di dunia ini sebenarnya memperlihatkan kebesaran serta kuasa Allah SWT. Justeru itu, gunakanlah akal kita dengan sebaik-baik munafaat sebagaimana firman Allah di dalam Al-Quranul-Karim, surah Ar-Ra'd ayat 3 yang bermaksud:
"Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi kaum yang memikirkan."
Akhir kata, saya amat berharap agar semua ahli PSSCM, khususnya, dapat memanfaatkan laman web ini dengan sebaik-baiknya dan masyarakat umum, amnya, dapat mengenali Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia dengan lebih dekat lagi.
Sekian, Wassalam.
YDP PSSCM Cawangan Pahang
|