Sejarah awal penubuhan PSSCM Cawangan Pahang bermula pada 15 Mei 1978 dan didaftarkan sebagai “ PERSATUAN SENI SILAT CEKAK MALAYSIA CAWANGAN KUANTAN “. Ia telah diasaskan oleh seorang guru Maktab Rendah Sains Mara Kuantan, Allahyarham Cikgu Jamaluddin bin Haji Abd. Rahman dengan dibantu oleh saudara Nazruddin bin Ismail, ahli Silat Cekak UTM. Kelas pertama berjaya dibuka dan seramai 25 orang telah diijazahkan di A 3036 Taman LKNP, Alor Akar, Kuantan. Kebanyakan ahli-ahli terdiri daripada guru-guru dan pekerja Maktab Rendah Sains Mara, Kuantan pada tahun 1990 kelas tersebut telah berpindah ke rumah baru di hadapan Maktab Rendah Sains Mara dan berpindah pula ke Taman Guru pada tahun 1991. Pada masa kini PSSCM Cawangan Pahang beroperasi di No. 72 Loromg Lengkok Kiri 7, Taman Tanah Putih Baru, Kuantan.
Silat CEKAK mula berkembang pesat dengan kerjasama ahli-ahli yang telah tamat. Pada 11hb Jan 1995 ia telah didaftarkan dan dinaikkan taraf sebagai “ PERSATUAN SENI SILAT CEKAK MALAYSIA CAWANGAN PAHANG “. Secara keseluruhannya, hampir 100 Kelas Latihan telah berjalan di seluruh negeri Pahang yang melibatkan lebih kurang 3000 orang ahli. Kelas-kelas tersebut seperti, Kelas Latihan Cawangan Kuantan, Kelas Latihan Universiti Malaysia Pahang (UMP), Kelas Latihan Universiti Teknologi MARA (UiTM) Pahang Jengka, Kelas Latihan Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (POLISAS), Kelas Latihan Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) Muadzam, Kelas Latihan Kolej Poly-Tech MARA (KPTM).
Aktiviti-aktiviti Silat CEKAK terus berjalan dengan lancar sejak dari mula penubuhan. Beberapa majlis penerangan dan demontrasi telah diadakan dengan tujuan memperkenalkan Silat CEKAK kepada masyarakat. Demontrasi Silat CEKAK secara besar-besaran pernah di adakan adalah; Demontrasi di Padang Besar MPK (1981), Demontrasi Sempena Perayaan 21 Tahun Silat CEKAK Peringkat negeri Pahang (1987), Demontrasi Sempena Perayaan 10 Tahun Silat Cekak Penubuhan Cawangan Kuantan (1988 yang dirasmikan oleh KDYMM Tengku Mahkota Pahang) serta Demontrasi dan Pentomen Sempena Jubli Perak PSSCM Peringkat negeri Pahang (1991).
PSSCM Cawangan Pahang juga telah bersama-sama menjayakan beberapa aktiviti anjuran Kementerian Belia dan Sukan negeri Pahang dan PESAKA Pahang. Diantara aktiviti-aktiviti tersebut ialah :
- Program Demonstari dan Pameran Sempena Rakan Waja Diri anjuran Kementerian Belia dan Sukan.
- Kejohanan Seni Beladiri Kebangsaan anjuran Kementerian Belia dan Sukan.
- Demonstrasi dan Pameran sempena Hari Keputeraan KDYMM Sultan Pahang.
- Menjadi ahli PESAKA Pahang dan melibatkan diri dalam program-program anjurannya.
- Demonstrasi sempena Hari Kemerdekaan Peringkat Negeri Pahang.
- Demonstari sempena Sepetang Bersama Menteri Belia dan Sukan Malaysia.
PSSCM Cawangan Pahang tidak ketinggalan menyertai beberapa program yang dianjurkan oleh Ibu Pejabat PSSCM seperti; Silathon Cekak, Walkathon Cekak, Mesyuarat Agong Perwakilan, demontrasi Silat Cekak dan lain-lain. Penyertaan kali terakhir ialah menjayakan Demontrasi dan Pentomen Sempena Perayaan 40 Tahun Cekak pada 2006 di Ipoh Perak.
Kini, Silat CEKAK terus bergerak aktif demi meningkatkan martabat pusaka bangsa. Penglibatan di dalam Program Rakan Muda - Rakan Wajadiri Negeri Pahang membuka era baru dalam mempelbagaikan aktiviti persatuan ke arah meriealisasikan matlamat.
“SILAT CEKAK SILAT NASIONAL”
|