Berita Terkini

Pentadbir Website

Carian

 

 

Selamat Datang


ASSALAMUALAIKUM,

Selamat datang ke laman web rasmi Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia Cawangan Pahang (PSSCMCP). Portal ini diwujudkan bertujuan untuk mengeratkan hubungan ukhwah sesama ahli di samping sebagai medium utama penyebaran aktiviti dan berita semasa PSSCMCP. Diharapkan semua ahli memberikan sokongan dan bersama-sama menyumbang bagi memajukan lagi laman web ini, sebarang cadangan boleh terus emailkan kepada kami.

Sekian terima kasih,

PSSCMCP Webteam


Makluman dari Cawangan Pahang

Ujian Sijil Rendah PSSCM Peringkat Zon Timur (Pahang)

Ujian Sijil Rendah PSSCM Peringkat Zon Timur akan diadakan seperti berikut:

TARIKH  : 6 & 7 Mac 2009 (Jumaat & Sabtu)

TEMPAT : Tempat di Perkarangan Blok W, Universiti Malaysia Pahang, Kuantan

Ujian Teori - 6 Mac 2009 (Jumaat), 8.30 Malam - 10.30 Malam

Ujian Praktikal - 7 Mac 2009 (Sabtu), 8.00 Pagi - 1.00 Tengahari

Kepada Tenaga Pengajar seluruh Malaysia dijemput hadir bagi sama-sama menjalankan tanggungjawab seterusnya menjayakan program tersebut. Maklumat lanjut sila hubungi:

Yuzri Izli Abd Wahid

Ketua Penerangan PSSCM Pahang (019-9083845)

TAHNIAH Naib Presiden PSSCM

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Naib Presiden PSSCM Tn. Hj. Maideen bin Kadir Shah diatas Penganugerahan Darjah Kebesaran PANGLIMA MAHKOTA WILAYAH oleh Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin yang membawa gelaran Datuk sempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan ke 35 di Istana Negara pada 2 Februari 2009 yang lalu.

-Daripada Semua Ahli PSSCM Cawangan Pahang-

**********************************************

2 jumlah halaman   Lagi >>